Ahad, 2009 Disember 06

Sebab apa??



8hb (Selasa) - 10hb (Khamis) Disember 2009..

1st Sem Continuous Assesment, 1st year MB, BCh, BAO.

Allahummaj'alna minannaajiheen..

Man jadda wa jada - siapa yang berusaha, dia yang mendapatnya!

Jangan mengalah sebelum berjuang!


Redha Allah vs Redha manusia??

Jumaat, 2009 November 20

Banjir besar, peringatan Dia?

Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri


Lalu sesungguhnya aku menyeru mereka dengan cara terang-terangan

Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan dengan diam-diam


maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun


nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,


dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Mengapa kamu tidak takut akan kebesaran Allah?

[Nuh: 7-13]

***
12.40 a.m 20 Nov 09

"Boleh tak, find a way untuk keluar jugak?"
"Tapi kat luar air tinggi. Mana boleh keluar."
"Sekarang ni kat mana?"
"Kitorang kena naik first floor. Dah trapped, tak boleh turun.."
"Tapi kat luar ni macam ramai je orang keluar,"
"..." (nak nangis)
"I'll find a way. insyaAllah.."

Lepastu memang tawakkal aje. Bukak kasut, stokin sume masuk plastik bag.. Dan redah je air yang masa tu dah sampai paras atas lutut. Sejuk dia.. Allah je la yang tau. Macam nak beku. Dengan kaki ayamnya...

Dan nak keluar dari Viclodge dan pegi take refuge kat kawasan tinggi sikit kat luar tu dugaan jugak. Sebab kawasan Victoria Cross tu macam lembah. Air memang dah bertakung kat situ. Tambah lagi dengan sungai kat sebelah..

Siap kena panjat pagar tembok kat tepi jalan tu untuk sampai tempat tinggi tu..

Baru terasa.. macam mana dugaan mangsa2 banjir yang selama ni aku tengok dari jauh. Sangat takut dengan ujian yang Allah nak tunjuk ni. Teringatkan peristiwa banjir besar..tsunami..semua yang pernah jadi. Kalau diikutkan, berapa bahagian sangatlah ujian ni kalau nak di bandingkan dengan bencana2 alam tu semua?

Allah.. Allah.. hikmah apa yang Kau nak tunjuk dengan ujian ni?

***

11.30pm 19 Nov 09

"Kameelah, you're in there?"

Knock knock knock

"Kameelah?"

*terpisat-pisat. petik suis lampu. bukak pintu*

 "Guys?" mata bukak sebelah.

"Kameelah..thank god you're there. Quick! Pack up your stuff. It's flooding out there, it may come in here any second,"

"..."

Allah. Allah.

Laptop. Passport. Wallet. All in backpack. Tukar pyjamas into slacks. Sarung sweater. Sarung tudung. Sarung waterproof jacket. Payung? Campak atas katil.

"Try to keep all your stuff as high up as possible as well! At least up to a metre high.."

Grab the laundry bag, sumbat dalam almari. Kasut converse, sandals and home duck slippers, campak atas almari. Anything left? Oh tong sampah.. Huu.. Tak dapat den nak nolong..

"It's coming in!!!"

11.50pm 19 Nov 09





Air masa tu mula masuk dari celah celah dinding. Sekelip mata saja lantai bilik dah dibasahi air. Oh, aku belum pernah cerita kat sini, tapi bilik aku dekat ground floor. Dan Victoria Lodge tu nama hall tempat aku duduk selama ni (hailoh2~ nampak sangat lama gile tak update).

Dan apa yang menakutkan, masa kitorang masih dalam apartment, air yang laju mula masuk dari dua-dua arah; dapur dan hallway. (gambar 2 dan 3). Masa tu jugak terjadi sedikit konflik antara housemates aku. Aku, Lauren dengan Ivanka nak naik tingkat atas cepat2 sebab kat luar masa tu paras air dah tinggi sangat. Tapi Roxana berapa kali duk ulang suruh kitorang keluar jugak rumah dari sekarang sebab takut paras air akan naik lagi teruk, dan kitorang akan terus trapped dalam bangunan tu..

Tapi lepas semua orang pujuk, akhirnya semua sepakat untuk naik jugak tingkat atas. Sebab masa tu ground floor memang dah banjir habis..

Allah. Allah.

maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun


nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,


..

Mengapa kamu tidak takut akan kebesaran Allah?

***

Alhamdulillah, sekarang ni aku dekat rumah senior (Dnur). Jazakumullahu khayr Aishah, Kak Miha, Usop, Adi, and sume yang tolong dan concern. Terima kasih banyak2.. UCC harini tutup. Banjir pulak dijangka akan makin teruk sebab esok dijangka akan hujan ribut lagi. Barang2 aku yang lain tu.. Wallahua'lam macam mana. Kalau air surut sikit dan ada way untuk masuk balik, mungkin aku akan return skejap untuk ambik..

ni link news dekat sini pagi ni.

Banjir besar, peringatan Dia?

Faghfirlana ya Allah..

Jumaat, 2009 Oktober 23

Puisi - Lets Kaizen!



Insyallah tahun ni, akan ku ke PUISI lagi~! Anda2 sangatlah disyorkan untuk join sama program ni sempenan winter break. Tema taun ni: Kaizen Muslim Generation! Fergh.. Menarik giler. Nak tau lebih lagi pasal PUISI? klik away~ http://www.ppimi.org/puisi/ :)

And.. walking down the memory lane~

Puisi '08: Revisited

Hogwarts


"Sya..macam dalam Harry Potter la.." Aku meninjau ke luar tingkap bas. Lepas lebih kurang 5 jam bermusafir, akhirnya sampai jugak dekat tempat destinasi. "Tengok ni..keliling hutan.." Waaa... serius menarik! "Hehe.. ala2 The Forbidden Forest.."

"Tu.." Syafiqah tunjuk dekat satu caravan yang kebetulan ada dekat luar hostel "Hagrid punya rumah,"

"Hahaha..gila best!" Hogwarts versi Killarney. What more could we ask? ;D


International Youth Hostel, Killarney

The NamNam

Malam tu lepas solat dan makan, ada sikit briefing pasal tentatif program sepanjang Puisi. Lepastu kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Puisi kali ni disertai oleh 130 peserta perempuan dan 68 peserta lelaki. Heheh. Girls rules la pulak. Anyway disebabkan peserta perempuan sangat ramai, kumpulan nisa' yang ada pun mencecah sebanyak 20 buah. Dan macam biasa, nama aku selalu naik time akhir2 punya. Kali ni, aku masuk kumpulan 18.. (Last time masa WOW, aku masuk group 8 out of 8. heheh)

Dalam kumpulan ni, semuanya new faces. Ada jugak beberapa peserta Puisi yang jugak ex-WOWians (Sya, Saedah, Leen, Funny, Athirah, Asma..), tapi kitorang tak pulak sama group. Maka berkenalan dengan member group ni memang betul2 start from the scratch la (er?) Kak Ika, fasi kitorang ^^, Kim (1st year Biology, Manchester), Hanis (1st year Dentistry, Cork), Nadiah (1st year Medicine, UCD) dan Jannah (1st year Medicine, Nottingham)..

Kak Ika bagitau yang setiap kumpulan kena kasi nama dekat group masing2 bertemakan nama buah. Kumpulan lain macam2 nama diorang; Tomatoman lah..Durian Bergaya lah.. D-Lima lah.. Buah Hati pun ada! Hahaha tak boleh blah.. Lepastu fikir punya fikir, tiba2 Hanis (tak silap) tanya, siapa tahu buah nam nam? Dia kata buah tu macam masam2 sikit, macam asam keping. Aku serius tak pernah dengar, tapi nama tu macam comel je. Dan yang lain pun setuju, tambah pulak member group ni elok je enam orang. Maka dengan rasminya, itulah nama LDK kitorang - The NamNam! ;D



Setiap kumpulan jugak dikehendaki untuk buat rules sendiri. Apa2 aje la, asalkan setiap member mesti kena ikut rules ni. Kalau tak, kena denda kot. Hehe. Mula2 cadang rules dia setiap ahli mesti kena bangun sebelum subuh untuk qiamullail. Tapi sebab ada yang exception, maka terpaksa fikirkan rules lain pulak. Jannah cadangkan supaya sume orang mesti punctual. Then aku tambah kasi spesifik sikit; dengan punctual, member NamNam mesti sampai awal dekat dewan ceramah. Dan mesti kena duduk dekat barisan depan (1st atau 2nd line je).. Semangat...

Awal pagi besoknya, kitorang dah siap2 berkumpul dekat luar hostel. Dewan tempat ceramah semua tu jarak dia dalam 20minit berjalan kaki dari situ. Dan Alhamdulillah, hari pertama tu dapatlah the NamNam grab tempat duduk barisan depan dengan rileksnya! Haha tapi hari-hari lepas tu je..

Whoah! Sekejap je kerusi barisan depan lesap dari pandangan. Mereka2 yang lagi awal sampai dah cop tempat duduk kat situ siap2. Hahah.. serius kena cepat. Rules ke tak rules.. Tak peduli dah.. Yang penting nak duduk depan jugak! Sebab...


The Fantastic 4

Yepp.. Bersesuaian dengan tema Puisi kali ni, ceramah2 yang disampaikan ada empat elemen yang fantastik! Pengisian tentang Aqidah, Ibadah, Akhlaq & Muamalat (tentang ekonomi & sosial dalam islam). Alhamdulillah sangat, ceramah yang disampaikan oleh UZAR ni sangat berguna dan praktikal untuk diapply dalam kehidupan seharian..

Dalam hidup sekarang, kita takkan terlepas dari berurusan dengan wang harta. Tapi kadang2, kita tak sedar yang cara kita menggunakan duit itu ada yang tersimpang dari apa yang betul. Dalam sabda Nabi (s.a.w),

Takkan berganjak dua kaki anak adam di hari akhirat melainkan ditanya dahulu tentang empat perkara, tentang umurnya dan untuk apa dihabiskan, masa mudanya bagaimana ia mempergunakannya, hartanya dari mana ia memperolehinya dan bagaimana ia membelanjakannya dan tentang ilmunya dan bagaimana ia memanfaatkannya

-Hadith Riwayat Tarmizi
Maka bayangkanlah. Salah satu soalan yang akan ditanya adalah tentang harta yang kita guna. Adakah datangnya dari sumber yang halal? Adakah telah digunakan dengan baik? Macam mana kalau harta tu dari jalan yang salah? Contoh paling jelas: Riba a.k.a bunga ataupun interest. Sudah terang lagi nyata yang hukum riba itu adalah haram. Dan jika kita masih lagi terlibat dan bergelumang dengan benda ni (interest dari bank konvensional, pinjam along the ceti haram, etc), bayangkan saja; Takkan berganjak kaki kita di padang mahsyar nanti selagi interrogation tak selesai..

Dalam surah Al-Baqarah ayat 278-279 juga ada sebut, bagi mereka yang tidak meninggalkan riba, akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya ke atas dirinya. Sampai Imam Malik (r.a) pun pernah menyatakan, yang tak ada dosa yang disebut di dalam Al-Quran yang lebih dasyat dari riba. Sanggup ke hidup dicatat sebagai musuh Allah? Na'uzubillah..

Satu lagi contoh riba yang kita tak sedar pun tentang hukum dia, adalam masa pinjam meminjam. Contohnya, Ali nak pinjam kereta Abu. Abu kasi pinjam, tapi dengan syarat: Ali kena isi minyak kereta tu kasi penuh. Aiyarkk! Ternganga skejap kitorang yang mendengar. Suruh isi minyak pun kira riba?? Bukan kira fair ke tu orang dah kasi pinjam kereta, kenalah tolong isi minyak. Hmm apa penjelasan ustaz?

Ustaz cakap, kalau betul dia nak kasi pinjam, hati kenalah betul2 ikhlas. Kenapa pulak nak kena bersyarat2. Lainlah kalau dia bagi sewa, barulah boleh letak syarat suruh isi minyak ke kasi snow wash sikit kereta buruk dia tu ke. Apepun, tu lah. Dalam akad membabitkan wang harta ni, tujuan sebenar kena kasi jelas. Pinjam, atau sewa. Cakap betul2.

(Further explaination on riba can be viewed on ustaz's website, insyaAllah: www.zaharuddin.net)

Pengisian dari Ustaz Dr Aminurrasyid dari Dundee pulak banyak tentang core Aqidah. Bak kata pengerusi majlis, ceramah Dr Amin ni macam telur kuning (core) kat tengah2, while penghuraian dalam ceramah UZAR pulak macam telur putih dekat keliling. Yang penting kedua-duanya penting sebagai guide hidup.

Yang menariknya ada tayangan cerita Ashabul Ukhdud (versi kartun arab) yang Ustaz sediakan. Kisah ni dipetik dari AlQuran dalam surah Al-Buruj. Juga dari hadith Nabi (s.a.w) tentang seorang pemuda (dalam kartun tu nama dia Wadhah) yang beriman pada Allah sementara raja pada zaman itu mengaku yang dialah tuhan. Bermacam2 cara yang raja tu guna untuk membunuh pemuda tu, tapi tak berjaya. Akhirnya pemuda tu bagitau satu2nya cara untuk membunuhnya adalah dengan mengumpul semua rakyat jelata di satu tempat, dan panahlah dia dengan menyebut "Bismillahi Rabbil Ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini)". Dan pemuda tu akhirnya gugur syahid di depan semua orang. Lantas semua yang hadir terus menyeru "Aamana BiRabbil Ghulaam (Kami beriman kepada Tuhan pemuda itu!)"

Raja sangat murka pada apa yang jadi, dan memaksa mereka supaya menarik balik kepercayaan baru mereka. Parit yang sangat besar digali dan dinyalakan api dari dalamnya. Dan seorang demi seorang dipaksa lagi untuk menidakkan iman mereka. Semuanya enggan dan mereka dicampakkan ke dalam api yang marak itu. Hingga tibalah saat seorang wanita bersama bayinya, ibu tersebut hampir menurut mereka mengganti agamanya kerana sayangkan anaknya itu. Tapi dengan kuasa Allah, bayi itu bercakap dengan lantang "Sabarlah hai ibuku kerana kau sedang mempertahankan yang hak (benar)"...

Kisah Ashabul Ukhdud ni buat kita fikir balik, macam mana keperitan dan kesusahan mereka di zaman dahulu mempertahankan Addeen. Buat kita ponder, sudah cukup kuatkah iman kita selama ni? Dan apa usaha kita dalam menyampaikan yang Haq ni pada yang lain..?

Malam terakhir kat situ pulak, kitorang ada penceramah misteri. Haha ingatkan siapa lah.. Ustaz Erfino rupanya.. Talk yang membuatkan kita ponder tentang hala tuju hidup dalam 10 tahun, 20 tahun akan datang. Hmm.. soalan yang sampai sekarang aku tak boleh nak jawab dengan konfiden / tepat..

LDK & Ukhwah

Aktiviti yang takkan tak ada dalam program ukhwah macam ni - Latihan Dalam Kumpulan. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang 5 hari tu. Kebanyakannya berdasarkan dari isi ceramah yang kitorang baru disajikan. Bagus jugak, kasi polish sikit ilmu baru sambil have fun ;)

Risiko game kat atas ni: Pilih jawapan yang betul, and you'll suffer the consequences (pakai make-up tepung, conteng muka dengan gincu, dan sarung plastik atas kepala ==!)

Lakonan dalam babak hidup dunia Kapitalisma. Kim si along yang 'wa tak kira. wa tau wa nak lu bayar itu hutang sekalang jugak!" dekat Nadiah. heheh =P

Aku punya skrip paling pendek; "Sabar la ye makcik.." sambil menenangkan makcik Hanis yang sedih mengenangkan nasibnya. Orang miskin yang tak dibantu kerajaan. Again, babak dunia Kapitalisma.
Oh, kumpulan Rijal (guys) pulak ada buat persembahan dekat pentas. Ada drama, nasyid, drama, dan drama lagi. Heheh..suka berlakon rupanya rijal ni =P Ada cerita motor kena curik la..along bukit beruntung la..dan paling kelakar yang lakonan bomoh dengan orang kena rasuk tu. tak boleh blaa punya real! xD
Hall tempat dengar ceramah, solat berjemaah, dan makan sama2 dalam talam.

Dan aktiviti yang ditunggu2 - Guided Walk~!
Scenery yang masyaAllah..
Ada sungai jugak
Tasik, tapi macam laut
Signature sikit ;)

Guided walk yang redah hutan, padang golf, gunung, tasik segala bagai. Penat, tercungap-cungap, tapi puas hati sebab dapat nikmati keanggunan alam ni. Sambil jalan tu pun, kadang2 nyanyi2 dengan Kak Ika ngan Waniey. Hehe.. Dan best jugak, dapat buat LDK dekat tepi tasik tu. Sekali sekala tukar angin..

Alhamdulillah la sepanjang Puisi ni aku dapat kenal ramai orang. Member NamNam sendiri; Kak Ika yang best dan murah hati.. guide kitorang sepanjang LDK, selalu bekalkan ration - biskut la jajan la taknak kasi mengantuk time discussion :D Dan buat kitorang rasa spesel bila group kitorang je yang dapat 'sijil' dengan button badge graduation. Tak cukup dengan tu, siap kasi plushie biri-biri (simbol Ireland) sebagai sourvenier! And in my case, dapat extra iaitu beliau punya Quran terjemahan. Sebab dia terdengar aku ada mumble yang aku sengkek tak boleh nak beli Quran yang dijual dekat gerai Puisi tu (=>.<= malu je). Allah sajalah yang dapat balas budi akak.. Quran tu sangat priceless tau! ;') And the rest of NamNam's comrade: Glad to get to know you guys :D Kim AJK makanan kitorang yang berjasa (ngeh2 slalu dapatkan nasik tambah untuk kitorang), Hanis the sweet dentist, Nadiah yang rasanya paling matured kot dalam group ni (hihi), dan Jannah yang jalan & borak dengan aku sepanjang Guided Walk. Hopefully ukhwah kita tak berhenti sampai situ saja! The NamNam memang best. Kudos to you guys~ ^^ dicilok dari blog kim zawiyah =P

Tak lupa jugak dengan yang lain. I'm happy to meet you all. Roomates bilik no. 3 (Hayana, Farah Eliza, Athirah, Nabilah..), Waniey yang sangat friendly, Kak Dayang, Kak Akma, mereka2 yang aku tanya nama sampai 5 kali pun kadang2 lupa lagi (>.<), awak2 yang saya mintak sikit ubat gigi, syampu, sabun segala bagai masa kat bilik air (tak bawak sendiri semua ni pasal Ryanair tak kasi bawak liquid yg more than 100ml), dan semua lah! Hihi.. Harap kita dapat jumpa lagi next time, insyaAllah... Waniey a.k.a kusHarz & Hayana from Manchester

Kesimpulannya, aku sangat berterima kasih pada pihak Puisi kerana menganjurkan program ni. Aku sangat appreciate sebab ada dua benda yang sangat priceless yang susah nak dapat dekat tempat aku ni; Tarbiyah dan Ukhwah. Jazakumullahu Khayrul Jazaa', everyone!

Berakhir sudah. Kembara Ireland selama seminggu tu. Alhamdulillah sangat dengan kemudahan & kesihatan sepanjang masa dekat sana. InsyaAllah ilmu yang kitorang dapat akan dimanfaatkan sebaiknya.. Sampai Dublin malam tu, kitorang terus pergi airport untuk stay over kat situ. Flight masing2 semuanya awal pagi besok (Nurul Edinburgh pukul 6.30, Kak Dayang ngan Ashafat pukul 7, Aku Ajah & Sya pukul 8). Maka tidur kat airport la jawabnya...

Kelakar pulak tengok gambar ni. Masing2 berbungkus dalam sleeping bag. Aku je mula2 degil jugak nak tidur atas kerusi. Satgi dah tengah malam tu, airport tu tutup heater plak. Punya la very sejuk kerusi besi tu.. macam air batu! Huhu..

The next morning. Right before stepping up the plane. This is it. Until we meet again, korang. So long, Dublin~

Selasa, 2009 Oktober 20

Tawazzun. C'est le vie~




Tawazzun maksudnya keseimbangan.


Life needs tawazzun.


You need life.

_____

Sekarang schedule hari2 selalu penuh. Tak kira la hari minggu ke hujung minggu ke. Ada aje aktiviti. Kelas selalunya habis dalam pukul 3-5pm. Lepastu petang, kalau tak stadi group, ada usrah.. Kadang2 kena pergi town. Kadang2 ada program ni program tu. Yang penting petang memang sentiasa occupied lah..

Apapun, hidup ni perlu kseimbangan. Mind, body and soul, sume kena jaga.. One slack, all down.


Know your anatomy


Jom!


Dan paling recent, aku baru join benda alah ni. Yeayness! Dah lama nak masuk balik martial arts nih. Dulu masa sekolah rendah ada la masuk. GTF. Sampai tali pinggang hijau je. Sekarang bila dah lebih kurang 6 taun tinggal benda ni, kena start from d scratch balik ah.. Belajar balik side kick, front kick, back kick ke ape tah. Pastu buat balik regangan2 sume tu. Yang kena kepak kaki sampai 180 darjah tu sume.. Wahaha.. nak tercabut kaki rasanya. Memang bapak best ah apepun.

Eh ala..sebenarnya banyak je lagi nak ceritas kat sini. Dah lama x membebel panjang2. Tapi ni nak pegi taekwondo la plak. Kelas dia setiap selasa ngan khamis petang. Sabtu pun ada tapi busy so tak pegi. Ceh. Okie. Till now.


Jumaat, 2009 Oktober 16

Bosan aku dengan penat..




T: Nama Nur Adrenalina memang terbaik gile kan?

A: Tu ah.. baru la kata apply biology dalam hidup.

K: Hehe.. nama apa lagi ek best bleh kasi?

T: Siti Profundus.

...

KAHKAHKAH

T: Pastu cakap, panggil saya 'Fafa' jer. (dengan muka innocent)

Tak leh belahh.

H: Hahah..Lagi2?

K: Metacarpal!

T: Ohh best2. Siti Profundus anak perempuan Metacarpal~

Terbaik.



Dialog kat atas terjadi masa kitorang tengah mencatuk beratur dekat Garda station. Garda ni maksudnya Police. Kat sini macam dekat Arab saudi, kena register Garda (atau iqamah) untuk dapat permit tinggal kat sini..

Yang tak bestnya, proses nak register tu punya la menyusahkan. Macam kat arab jugak. Haha tak pasal2 kena kutuk skali. Tapi betul ah, realiti. Sistem dia sangat lambat ok. Ramai gile orang datang hari2 untuk register, kaunter yang dia bukak tu cuma 2 je. Pastu dah la takde kena amik nombor ke, pastu kita tunggu sehingga dipanggil ke apa. Cemane2 pun sume orang kena beratur belakang kaunter tu sampai lah giliran kau sampai. Adui..

Semalam kali kedua dah aku pergi Garda. Dan buat kali kedua jugak aku dihampehkan. Berjam2 beratur, tapi bila sampai2 kat kaunter, dia dah nak tutup dah. Fergh. Sungguh menguji kesabaran.


Ada orang haritu sampai terlolong2 dekat kaunter tu suruh bukak jugak. Tak puas hati punya kes; beratur lama2 pastu tau2 dah nak tutup. Memang tak bleh ditolong ar kan, dah dia kata office hour tutup pukul 8pm. Jerit2 pun apa dapat. Huhu sungguh macam2 manusia nih.

Tapi masa tu la kot dapat appreciate apa yang kita belajar selama ni. Orang yang beriman, dia akan percaya pada qada' dan qadar. Maka apa2 yang jadi, dia tau semua tu terjadi sebab Allah yang susun dan tentukan. Akan selalu alert yang Allah knows Best.

Lagi 2 minggu insyaAllah akan attempt lagi register Garda nih. Permudahkanlah ya Allah.. Ameen